Sabtu, 20 September 2014

SIBUK 'ONLINE' SAMPAI LUPA TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH?

Assalamualaikum.

Sekarang ni, ramai yang membuat bisnes online. Macam2 yang dijual di 'kedai maya' tu. Daripada aksesori sehinggalah kepada makanan ringan kalau boleh tempoyak pun nak dijual di atas talian (tapi apa salahnya kan?).

Tapi, anda buat semua urusan bisnes tu di mana ya? Di rumah? Di 'cyber cafe'? Atau di TEMPAT KERJA? Bagi yang berbisnes di tempat kerja, tak amanah namanya tu. Mungkin anda tak ada kemudahan internet di rumah ataupun tak ada laptop sendiri dan berbagai lagi alasan. Bukan setakat yang 'online' yang 'offline' pun ada jugak.

Pergi dari satu meja ke satu meja. Bertanyakan kepada rakan2 sama ada nak beli atau tak barang yang kita jual tak ubah macam 'salesman' yang selalu sahaja muncul di tempat2 awam. Kadang2, kawan tu sampai rasa terganggu sebab nak buat kerja tak boleh kerana terpaksa dengar bebelan anda mengenai barang yang dijual.

Bukan setakat di tempat kerja, di universiti dan di sekolah juga ada. Selalunya berniaga senyap2. Kalau tak dapat jual dengan kawan, ada yang lagi berani cuba jual dengan cikgu ataupun lecturer. 

Ada yang syok sangat berniaga sampaikan lupa akan tanggujawab dan amanah yang telah diberi. Ingat, majikan sediakan komputer dan internet untuk menarik lebih ramai pelanggan dan mengekalkan pelanggan yang sedia ada serta memudahkan urusan kerja bukannya untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk ANDA!

Begitu juga di tempat2 belajar, kemudahan yang disediakan adalah untuk mencari ilmu, bukannya mencari pelanggan. 

Kalau sikit2 di tempat belajar tak apa juga. Tapi kalau dah ganggu orang lain nak belajar, itu dah salah namanya tu.

Begini sajalah. Apa kata anda pasang internet di rumah atau beli broadband dan beli laptop sendiri ataupun guna saja handphone anda yang canggih tu. Paling tidak pun pergi 'cyber cafe'. Kalau sanggup, anda boleh duduk berjam-jam di restoran2 yang menyediakan perkhidmatan wifi.

Untuk yang 'offline' anda boleh gunakan kaedah 'online' jika mahu. Kalau tak nak, jual saja di pasar malam atau di mana2 car booth sale. Habis cerita!

Kalau pasal masa, anda kenalah bijak bahagikan masa. Ingat, bukan anda seorang sahaja manusia paling sibuk di dunia. Lagipun anda bukan Perdana Menteri atau Presiden yang sibuk ke sana dan ke mari.

Baiklah, sampai sini saja ya. Kalau ada apa2 yang saya salah cakap harap dimaafkan. Kepada yang berbisnes tu semoga bisnes anda maju dan sukses. Tapi, jangan sampai lupa tanggungjawab dan amanah yang diberi.

Illaliqaq.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...