Khamis, 25 Jun 2015

Motivasi: TED Talks

Assalamualaikum.

Dalam beberapa hari yang lepas ni, saya ada tengok satu program ala-ala public speaking iaitu TED Talks di YouTube. Apa yang menarik ialah kesemua speaker yang dijemput ialah orang yang boleh memberikan inspirasi kepada kita semua.

Saya dah tengok beberapa episod dan saya akui bahawa kesemuanya telah memberikan kesan kepada saya terutama dari segi cara pemikiran dan menjadi lebih positif. Speaker yang dijemput bukan calang-calang orang. Mereka akan berkongsikan pengalaman mereka dan apa yang mereka telah perolehi daripada pengalaman tersebut. Siapa sangka hanya dengan mendengar pengalaman orang lain pun kita dah boleh meningkatkan motivasi diri kita.

Jadi, apa tunggu lagi tak payah pergi seminar ataupun ceramah mahal-mahal. Buka YouTube kemudian taip 'TED Talks' ataupun 'TEDx Talks di ejen carian. Pilihlah mana yang nak ditengok.


ANTARA EPISOD KEGEMARAN SAYA:

Monica Lewinski: The Price of Shame



Cameron Rusell: Looks aren't Everything. Believe Me, I'm a Model



Amy Cuddy: Your Body Language Shapes Who You Are


Lizzie Velasquez: How do You Define Yourself?

Illaliqaq.
  

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...