Isnin, 14 April 2014

Cheesecake Air Tangan Bonda

Maaflah ya, saya tak berapa terer sangat dalam hal ambil2 gambar ni. Itu yang termasuk sekali kamus b.arab tu.

Assalamualaikum semua. Tengahari tadi waktu pergi ke sekolah sempat juga bawakan  cheesecake untuk kawan2 dekat sekolah. 
Ramai yang komen sedap. Siap ada yang kata boleh bukak kedai kek lagi.
Tapi yang paling happy sekali adalah budak2 asrama. Maklumlah, kat asrama makanan macam ni tak ada itu yang amik peluang rasa cheesecake ni.

Ada jugak yang ingat mak saya suri rumah sempat buat semua kerja2 membuat kek ni. 
Tapi sebenarnya mak saya seorang yang bekerja.
Disebabkan semalam budak2 semua sekolah, mak saya pun ambil peluang buat kek ni.
Maklumlah, kalau ada budak2 tak jadi kek ni.

Ada jugak yang macam tak percaya yang kek ni mak saya yang buat.
Banyak pujian yang diberi kepada mak nya.
Tapi...
Anaknya tumpang bangga sekejap.

Illaliqaq.

Jumaat, 11 April 2014

25 Tempat yang Terbesar, Terdalam dll di Dunia

Assalamualaikum semua. Dah lama rasanya tak ber' blogging'. Bila tengok pageviews tadi, asyik2 kosong, kosong, kosong... Maklumlah, dah lama tak tulis entry. Sejak kebelakangan ni, saya sibuk dengan aktiviti kokurikulum dan pelajaran. Jadi, terpaksa hadkan aktiviti 'berblogging' ni.

Disebabkan saya tak sempat nak tulis panjang2, jadi kawan2 bolehlah buka link ni untuk melihat 25 tempat yang terbesar, terdalam, dll di dunia
http://list25.com/25-biggest-tallest-deepest-and-smallest-places-in-the-world/

In Sha Allah saya akan tulis tentang pengalaman saya sewaktu di pertandingan bomba dengan waktu pergi balai bomba haritu.

Illaliqaq.

Rabu, 2 April 2014

Bila Kita Berjumpa Sekali Lagi...


Inilah dia, wajah2 ceria rakan-rakanku. Sudah lama kita tidak bersua muka, rasa rindu mula bertamu...

Sehari sebelum naik sekolah, sempatlah saya dengan kawan2 berjumpa untuk menyiapkan tugasan yang diberikan guru. Ini baru sikit, sebenarnya saya ada beberapa orang kawan lagi yang boleh dikatakan rapat dengan saya. 

Kami dah beberapa bulan tak berpeluang untuk berjumpa secara peribadi macam ni, jadi bila dah ada peluang keemasan ni, tak akan nak lepaskan betul tak?

Bila dah jumpa, macam2 yang nak dikata. Macam2 cerita dan luahan hati yang hendak dikeluarkan. Rasa tak tertahan pun ada jugak. Mana tak nya, dah sebulan lebih kumpul cerita dan luahan hati. Bila dapat jumpa secara peribadi macam ni, mulalah nak 'longgokan' semua cerita2 tu.

Walaupun satu sekolah, tapi kami jarang jumpa sebab masing2 sibuk. Kalau jumpa oun tak boleh bual panjang2 cuma dapat beberapa patah je. Bila kami dah jumpa sekali lagi kami bersemangat nak 'longgokkan' semua cerita tu.

Selain daripada cerita, macam2 luahan hati yang keluar. Pasal belajarlah, kawan2 lah dan macam2 lagi. Maklumlah, jarang dapat peluang macam ni. Tak tahulah bila semua dah semakin meningkat dewasa dan dah ada 'life' masing2 nanti kami akan dapat jumpa ataupun tak. 

Mungkin dapat jumpa, cuma tak sekerap sewaktu sekolah dulu2. Mungkin masing2 sibuk dengan kerja dan macam2. Nampaknya saya ni dah terlajak jauh sangat dah ni. Tak apa, kita 'reverse' balik ke masa remaja iaitu sekarang. 

Nampaknya, kami kena pandai bahagikan masa untuk berjumpa selepas ini. Tak payah tunggu dewasa pun dah sibuk dengan 'tugas' masing2 iaitu belajar. Apapun, saya harap kami dapat berjumpa sekali lagi di masa hadapan In Sha Allah. 

Illaliqaq. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...