Rabu, 2 April 2014

Bila Kita Berjumpa Sekali Lagi...


Inilah dia, wajah2 ceria rakan-rakanku. Sudah lama kita tidak bersua muka, rasa rindu mula bertamu...

Sehari sebelum naik sekolah, sempatlah saya dengan kawan2 berjumpa untuk menyiapkan tugasan yang diberikan guru. Ini baru sikit, sebenarnya saya ada beberapa orang kawan lagi yang boleh dikatakan rapat dengan saya. 

Kami dah beberapa bulan tak berpeluang untuk berjumpa secara peribadi macam ni, jadi bila dah ada peluang keemasan ni, tak akan nak lepaskan betul tak?

Bila dah jumpa, macam2 yang nak dikata. Macam2 cerita dan luahan hati yang hendak dikeluarkan. Rasa tak tertahan pun ada jugak. Mana tak nya, dah sebulan lebih kumpul cerita dan luahan hati. Bila dapat jumpa secara peribadi macam ni, mulalah nak 'longgokan' semua cerita2 tu.

Walaupun satu sekolah, tapi kami jarang jumpa sebab masing2 sibuk. Kalau jumpa oun tak boleh bual panjang2 cuma dapat beberapa patah je. Bila kami dah jumpa sekali lagi kami bersemangat nak 'longgokkan' semua cerita tu.

Selain daripada cerita, macam2 luahan hati yang keluar. Pasal belajarlah, kawan2 lah dan macam2 lagi. Maklumlah, jarang dapat peluang macam ni. Tak tahulah bila semua dah semakin meningkat dewasa dan dah ada 'life' masing2 nanti kami akan dapat jumpa ataupun tak. 

Mungkin dapat jumpa, cuma tak sekerap sewaktu sekolah dulu2. Mungkin masing2 sibuk dengan kerja dan macam2. Nampaknya saya ni dah terlajak jauh sangat dah ni. Tak apa, kita 'reverse' balik ke masa remaja iaitu sekarang. 

Nampaknya, kami kena pandai bahagikan masa untuk berjumpa selepas ini. Tak payah tunggu dewasa pun dah sibuk dengan 'tugas' masing2 iaitu belajar. Apapun, saya harap kami dapat berjumpa sekali lagi di masa hadapan In Sha Allah. 

Illaliqaq. 



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...