Sabtu, 19 April 2014

13 Selebriti Antarabangsa Bersama Anak/Cucu 'Istimewa' Masing2

Assalamualaikum semua. Hari ni nak kongsikan tentang selebriti2 dunia yang mempunyai anak atau cucu yang 'istimewa'. Tapi, semua selebriti yang saya nak tunjukkan ni semuanya ada anak Autisma.



Tommy Hifilger

Beliau mempunyai 2 orang anak yang mempunyai Autisma. Beliau dan isteri, Dee Ocleppo (dalam gambar) sangat mengambil berat akan kebajikan anak2 autisma..

Gary Cole

Gary Cole mempunyai seorang anak perempuan bernama Mary yang telah disahkan menghidapi autisma pada usia 2 tahun. Beliau dan isteri telah memulakan rawatan dari awal semenjak mereka menyedari anak mereka menghidap autisma.

Holly Robinson Peete

Holly Robinson Peete dan suami, Rodney Peete telah menubuhkan HollyRod Foundation setelah anak mereka disahkan mempunyai autisma.

Joe Mantegna

Joe Mantegna dan isteri melihat perkembangan percakapan dan perhatian anak istimewa mereka, Mia Mantegna (dua dari kiri) agak kurang dan perlahan. Tidak lama kemudian, mereka mengetahui bahawa anak mereka mengihidap autisma. 

Jacqueline Laurita

Jacqueline sangat terbuka dengan perjalanan hidup anaknya sebagai penghidap autisma. Beliau merupakan 'suara' untuk komuniti autisma.

Ed Asner

Ed Asner mempunyai seorang cucu yang menghidap autisma bernama Will. Ed merupakan seorang penyokong kuat untuk Autism Speaks

Aidan Quinn
Anak perempuan kepada Aidan Quinn, Mia Quinn mempunyai autisma dan Aidan percaya ia disebabkan oleh vaksin MMR.

Doug Flutie
Anak kepada Doug Flutie, Doug Flutie Jr disahkan menghidap autisma pada usia 2 tahun.

John Travolta
 Anak lelaki kepada John Travolta dan Kelly Preston, mendiang Jett mempunyai autisma. 

Toni Braxton
Anak kepada Toni Braxton, Diesel disahkan menghidap autisma pada usia 3 tahun

Dan Marino
Michael, anak lelaki Dan Marino disahkan menghidap autisma di usia 2 tahun. Sekarang, di usianya 20 an, Michael menjalani kehidupannya dengan baik dan gembira.

Sylvester Stallone
Anak lelaki bongsu kepada Sylvester Stallone, Seargeoh didiagnos dengan autisma pada usia 3 tahun.

Will Clark
Anak lelaki Will Clark, Trey didiagnos dengan autisma pada usia 2 tahun.

Jadi, itu sajalah senarai selebriti yang saya dapat. Kepada mereka yang mempunyai ahli keluarga istimewa seperti ini, ketahuilah bahawa anda mempunyai ahli syurga dan ingatlah yang anda tak keseorangan dalam dunia ni. 


Illaliqaq.











Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...