Jumaat, 25 April 2014

Apabila Adik Melihat Kakak Dibuli... (Kisah Benar)




Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak cerita tentang seorang budak lelaki yang berusia 8 tahun yang telah menulis surat kepada Santa dan meminta supaya kakak kembarnya tidak dibuli lagi di sekolah. Dan cerita ini berlaku pada tahun lepas. Macam ni ceritanya.

Sebenarnya, ibu kepada budak lelaki itu iaitu Karen Suffern merupakan seorang ibu tunggal. Dia telah meminta anak kembarnya, Ryan dan Amber, menulis surat kepada Santa sempena Hari Krismas. Selepas selesai sahaja menulis surat itu, Ryan menyerahkan surat itu kepada ibunya dan meminta agar Karen tidak membaca surat itu. Tetapi, dia membaca surat itu.

Karen menyangkakan bahawa Ryan akan meminta permainan dan sebagainya. Namun, dia amat terkejut kerana Ryan telah meminta kepada Santa supaya kakak kembarnya, Amber tidak dibuli di sekolah lagi. Kemudian, Karen postkan surat itu di Facebook. 

Selepas itu, surat itu menjadi satu viral di internet selepas disebarkan oleh orang ramai. Ini merupakan peluang untuk Karen membuat satu dialog di sekolah anaknya tentang isu buli. Karen juga memaklumkan bahawa Amber mempuyai penyakit ADHD serta masalah kemurungan.

Karen juga ada bertanya kepada anak-anaknya samada ada sesiapa yang membuli mereka dan Amber menjawab, 'Kadang2 saya berharap saya akan mati supaya orang lain tidak akan menganggu saya lagi'

Begitulah ceritanya tentang budak lelaki ini. Jika dia tidak menulis surat itu, sudah tentu ibunya tidak akan dapat tahu mengenai masalah anaknya di sekolah. 

Harap2, masalah buli ni akan berakhir dan tak berlarutan.

Sumber: ABCNews.com

Illaliqaq.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...