Khamis, 24 April 2014

Awas Dengan Dunia Siber! Tip2 Keselamatan (Part 1)

                       











Assalamualaikum semua. Haritu (17/4/2014) ada ceramah tentang jenayah siber dekat sekolah yang telah disampaikan oleh seorang guru dari sekolah lain yang telah mengikuti kursus di CyberSecurity Malaysia.

Bila dengar fakta2 yang cikgu ni cakap, memang meremanglah bulu roma ni sebab fakta2 tu semua memang ada kena mengena dengan kita pengguna setia laptop, smartphone, ipad dan laman sosial.

Jadi sekarang saya nak sampaikanlah serba sedikit ilmu yang saya dapat masa ceramah haritu.

Password
Antara ciri2 password yang bagus adalah:

  • Ada gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol dalam satu password
  • Tidak mengambil mana2 perkataan daripada kamus
  • Tidak menggunakan gabungan huruf/ nombor yang mudah seperti ini: qwerty, abcdefg, 123456, ABCDEFG, QWERTY
  • Panjang
Perlu diingatkan yang password tak boleh disimpan di dalam komputer, laptop, handphone, buku nota dan sebagainya.

Password hanya boleh disimpan di dalam otak.

Rajin2 lah tukar password sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.

Dan perlu diingatkan yang hacker ni adalah seorang yang sangat sabar dan akan berusaha mencari password anda sampai dapat.

Virus
Setiap hari, pelbagai jenis virus baru yang akan tercipta. Macam2 virus yang ada kat dalam dunia ni.

Jadi, untuk mengelakkan virus, kenalah rajin BELI program2 yang menawarkan perlindungan terhadap virus seperti Kapersky (betul ke eja ni?), Avira dan macam2 lagi.

Yang paling penting sekali, JANGAN GUNA FREE TRIAL punya sebab mungkin bila kita try free trial tu, dia kata kita punya gadget dah dilindungi dari sebarang virus tapi sebenarnya, gadget kita masih tak selamat sebab kalau dah nama pun free trial mestilah 'version' nya tu separuh je dan tak semua virus dapat dicegah. Lagipun, mana ada orang yang nak berikan 'full version' secara free je.

Rajin2 kan diri meng'update' program virus yang terbaru sebab semakin baru sesuatu program tu, semakin banyak virus yang dapat dicegah kerana setiap hari akan ada virus baru yang dicipta manusia.

Maklumat Peribadi
Untuk pengguna Facebook, Twitter dan sebagainya, elakkan daripada meletakkan maklumat peribadi anda dengan teliti seperti nama penuh, alamat dan sebagainya kerana:

  • Jika seorang hacker hendak hack anda, mestilah dia akan cari password anda. Mungkin password anda berdasarkan maklumat peribadi anda seperti tarikh lahir dll contohnya, 1.11.2000 , sitiamirah 
  • Seseorang mungkin akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan yang lain. Mungkin mereka hendak menggunakan maklumat peribadi untuk menyamar ke dan sebagainya. 
  • Kadang2 ada juga yang merompak melalui maklumat peribadi yang anda letak di laman sosial seperti alamat rumah. Ada orang yang letak full alamat rumah siap dengan daerah, negeri dan negara sekali. Tak tahulah apa motifnya. Tapi yang pasti, orang yang macam ni memang mengalu-alukan kedatangan perompak. Sbb kalau orang ni siap tulis lgi yng dia x ada kat rumah, memang senanglah perompak nak merompak.

Sampai sini je lah. In Sha Allah part 2 akan muncul tak lama lagi. Dan saya nak cakap sedikit tentang part 2 ni. Dalam part 2 nanti saya akan cerita tentang benda yang patut dibuat atau yang tak dibuat ketika online. 
Apapun hati2 sebab ada yang memerhati.

Illaliqaq.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...