Sabtu, 5 Julai 2014
Wahai Sahabatku Dunia dan Akhirat...
Assalamualaikum. Semoga semuanya dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna di bulan Ramadhan ni.
Aku ada seorang sahabat karib. Namanya Ainul Marha. Orangnya baik, cantik dan pandai. Dia juga seorang yang agak pemalu. Dialah orang pertama yang aku kenal di sekolah menengah yang tak satu sekolah dengan aku di sekolah rendah dahulu. Aku ada bercerita tentang dirinya sebelum ni kalau nak tahu klik sini .Dengan dia aku berkongsi rasa. Dengan dia aku mengadu nasib.
Jika dahulu kami duduk di satu kelas dan selalu bergelak ketawa bersama-sama. Kini, tidak lagi. Aku berpindah ke kelas lain. Tapi tak apa. Kelas dia dan aku tak begitu jauh. Walaupun jarang meluangkan masa bersama ataupun berjumpa, tetapi kita masih berhubung dan berjumpa di sekolah. Alhamdulillah.
Dia menjaga rahsiaku aku menjaga rahsianya. Aku umpama diarinya dan dia umpama diariku. Kesemua benda (tapi tak semua benda) ditulis di situ. Ya, aku mengaku yang aku merasa sunyi jika dia tiada di sisiku. Walaupun ada ramai kawan yang boleh menemaniku tapi tak akan sama seperti BFF kita sendiri.
Kepada yang tengah bermasam muka dengan BFF tu (bukan BF ya) ingatlah yang sahabat ni umpama permata yang bernilai dan tak boleh dicari ganti. Usah dambakan sahabat yang sempurna jika anda sendiri tak sempurna kerana tak ada manusia yang sempurna di dunia ni.
Illaliqaq.
Jumaat, 4 Julai 2014
Jom Pakai Pakaian Taqwa
Assalamualaikum.
Semua pernah dengar tentang pakaian taqwa betul tak? Saya tak tahu secara mendalam sangat tentang pakaian taqwa ni tapi setahu saya pakaian taqwa ni adalah pakaian yang kita pakai yang mematuhi syariat Islam dan menutup aurat dengan sempurna. Selain itu pakaian taqwa juga boleh dibawa terus bersolat tanpa perlu memakai telekung.
Kadang2 saya terfikir kenapa perlu mengikut fesyen2 barat yang sudah jelas tidak mengikut syariat Islam? Ada juga yang mengolah fesyen barat kepada fesyen yang kononnya berlandaskan syariat Islam seperti tudung yang pendek, baju yang ketat dan macam2 lagi.
Apa kata mulai hari ni kita ubah diri kita ke arah yang lebih baik. Pakailah pakaian taqwa. Bukankah menutup aurat yang berlandaskan syariat Islam itu wajib? Tidak takutkah manusia sekarang ini kepada Allah S.W.T? Mulakanlah langkah pertama hari ini kerana dengan langkah pertama itu akan membawa kepada langkah2 yang lebih besar dan perubahan yang hakiki. Tak perlu tergopoh-gapah dengan perubahan yang dibawa mulakan dengan perlahan dulu tetapi betul.
Illaliqaq.
Rabu, 2 Julai 2014
Jadi Captain America Sekejap
Note: Amik dari blog sekolah : )
Assalamualaikum. Ingat tak hari tu saya ada cakap tentang kejohanan sukan sekolah minggu lepas? kalau tak ingat klik sini.
Dalam acara perbarisan rumah sukan saya iaitu rumah Temenggung/Biru telah memilih tema Captain America. Bayangkanlah dengan shield, topeng dan perhiasan kepalanya susah betul nak pakai. Tapi tak apa janji kitorang juara. Alhamdulillah.
Ini semua idea kakak2 upper form dan cikgu. Ikutkan nak buat tema Frozen tapi susah pulak jadi tukarlah kepada tema Captain America janji biru. Dalam banyak2 rumah sukan tu rumah kami kira yang uniklah dalam tema untuk perbarisan. Ingat senang ke nak buat maskot Captain America tu.
Inilah tema perbarisan rumah sukan yang lain:
Rumah Bendahara/Kuning
Tema/Maskot: Angry Bird
Rumah Laksamana/Hijau
Tema/Maskot: Katak
Rumah Panglima/Merah
Tema/Maskot: Puteri Hang Li Po dan Sejarah/Pahlawan Melaka
Itu sajalah untuk hari ini.
Illaliqaq.
Langgan:
Catatan (Atom)




