Rabu, 27 Ogos 2014

Bentuk Mata Selebriti Mana yang Serupa dngn Anda

Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan pada entry yang lepas, saya akan tunjukkan beberapa orang selebriti yang mempunyai bentuk mata yang sama  seperti anda. Kalau tak baca entry yang lepas tentang untuk mengenali bentuk mata, wajah dan mulut, bolehlah klik sini. Untuk bentuk wajah dan mulut akan saya postkan pada hari yang lain.

ALMOND EYES SHAPE



Angelina Jolie dan Mila Kunis mempunyai bentuk mata Almond iaitu seakan-akan buah badam. Mila Kunis pula mempunyai 'Big Almond Eyes'. Secara peribadi saya mempunyai bentuk mata 'Almond'

HOODED EYES SHAPE


Jika anda mempunyai 'Hooded Eyes' ini bermakna anda mempunyai bentuk mata yang sama seperti Jennifer Lawrence dan Blake Lively.

ROUND EYES SHAPE


Penelope Cruz dan Demi Lovato, pemilik 'Round Eyes'. Apa beza 'Almond Eyes' dan 'Round Eyes'? Bezanya adalah 'Round Eyes' lebih besar dan lebih 'open' bentuknya.

PROMINENT EYES SHAPE



Nicole Richie dan Octavia Spencer. Jika anda perhatikan betul2 mata mereka, akan kelihatan 'eyelid' yang lebih jelas dan lebih menonjol. 'Prominent Eyes' selalunya dimiliki oleh orang2 barat/ eropah iaitu 'Caucasian'.

UPTURNED EYES SHAPE



Tiffany Hines dan Kim Kardashian mempunyai bentuk mata 'Upturned'

DOWNTURNED EYES SHAPE



Marilyn Monroe dan pelakon Casino Royale, Eva Green merupakan pemilik mata 'Downturned'

WIDE SET EYES 



Supermodel, Kate Moss dan pelakon, Amanda Seyfried pemilik 'Wide Set Eyes'. Bentuk mata sebegini merupakan bentuk mata yang paling cantik selain 'Almond'

PROTRUDING EYES SHAPE



Supermodel, Sophie Dahl dan Stella McCartney mempunyai bentuk mata 'Protruding Eyes'

CLOSE SET EYES 



Pelakon, Jennifer Aniston dan bintang Titanic, Kate Winslet mempunyai 'Close Set Eyes'. Kebiasaanya mereka yg mempunyai bentuk mata ini mempunyai hidung yang 'prominent' 

DEEP SET EYES



Supermodel Victoria's Secret, Miranda Kerr dan bintang Charlie's Angels, Cameron Diaz pemilik mata 'Deep Set Eyes'

Inilah dia bentuk2 mata selebriti yang saya boleh dapat. Mungkin selebriti kegemaran anda mempunyai bentuk mata seperti anda.

Illaliqaq.




1 ulasan:

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Hahaha takut pulak akak nak compare dengan mata seleberiti yg cantik tu Sabrina :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...