Jumaat, 26 Disember 2014

"Laa... Dalam Bonet Rupanya..."

Assalamualaikum.

Seronok tak cuti Hari Natal kawan2 semua? Saya harap semua sihat2 selalu. Hati2 jugak musim banjir ni ya... jangan main air pulak.

Hari ni saya nak ceritakan satu kejadian yang berlaku pada Hari Natal haritu. Ooops.. bukannya ada kedatangan Santa Clause dan pembantu2nya ya.

Sebenarnya macam ni...

Khamis 25/12/14
12:30 tengahari

Saya duduk di dalam rumah sambil bermain dengan kucing peliharaan yang kami namakan Putih. Macam biasa, Putih akan masuk dan main2 dengan kami lepas makan tengahari atau lepas tidur. Kemudian, macam biasa jugak dia akan duduk di depan pintu kalau nak keluar. So, kami lepaskan dia main kat luar.

4:00 hingga 5:30 petang

Adik saya yang bongsu tercari-cari Si Putih. Puas dipanggil tapi tak datang2. Selalunya bukak saja pintu terus berlari masuk rumah sebab nak makan. Kami satu keluarga pelik bila tengok Putih tak ada. Seingat saya, saya ada nampak Putih kat depan rumah tengah tidur dalam pukul 3:00 petang. Puas dicari merata rumah tapi tak jumpa. Kat tempat kegemaran dia pun tak ada. Tapi, kami tak risau sangat kami fikir Putih main dengan kawan2 nya. Adik bongsu dengan Abah pergi naik basikal round2 satu taman sampailah ke taman2 lain. Putih tetap tak ada.

6:30 petang

Putih masih tak balik2. Selalunya lepas habis main dengan kucing2 jiran depan rumah kami terus balik. Rumah jiran pun tak ada orang dan mungkin kucing2 nya diletak dalam kawasan rumah. Adik bongsu makin risau. Saya pun dalam diam risau jugak sebab dia belum setahun dan dia tak berapa pandai cari makan sendiri. Saya fikir mungkin dia nak cari haluan sendiri.

7:00-8:00 malam

Masih tak ada kelibat Putih. Saya doa waktu solat Maghrib supaya Allah kembalikan Putih ke pangkuan kami sekeluarga. Waktu malam tu memang pintu dibuka mana tahu kalau2 Putih balik rumah. Abah ada tanya jiran depan rumah kalau2 dia ada nampak Putih lepas balik rumah. Dia kata tak ada siap buat andaian Putih kena makan biawak.

10:00 malam

Tak balik rumah jugak.


Jumaat 26/12/14
6:15 pagi

Lepas solat Subuh terdengar suara Mak dengan Abah kat luar nak pergi pasar. Tapi, macam lain macam je. Riuh-rendah. Adik sulung ada sekali. Rupa-rupanya..,

Waktu Abah bukak bonet kereta, Abah ternampak sesuatu bila tengok dekat rupanya Putih! Kami sekeluarga memang terkejut sangat. Bila masa Putih masuk dalam bonet pun tak tahulah. Tapi, apa yang pasti bila Abah bawak dia masuk, dia nampak letih dan kelaparan. Terus Abah bagi makan. Dia makan dengan bersungguh-sungguh. Maklumlah dah hampir 10 jam dalam bonet kereta. Lepas tu terus dia minum air. Nasib baik tak mati lemas dalam tu. -,-

Illaliqaq.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...