Rabu, 17 Disember 2014

My Mom Is My Best Friend...

Assalamualaikum.

Raya tahun 2011 (darjah5)

Raya tahun 2014 (form2)

Hubungan mak dengan anak memang tak dapat dipisahkan. Lagi2, mak dengan anak perempuan. Untuk pengetahuan semua, dalam keluarga, saya anak perempuan tunggal dan anak sulung. 

Saya ada 2 orang adik lelaki dan kami adik beradik memang agak rapat. Walaupun rapat, tapi tak semua benda boleh dikngsikan bersama. So, saya kongsikan benda2 tu dengan mak saya.

Kami adik beradik ni pelik sikit, kadang2, panggil mak, kadang2 panggil mummy dan kalau saya kadang2 panggil ma.

Semenjak dah besar ni, saya lebih selesa mencurahkan perasaan kepada mak saya. Jaranglah curahkan perasaan dengan kawan2. Sama jugak dengan rahsia2 saya. Kebanyakkan saya kongsik dengan mak saya. Kalau kongsi dengan kawan2 ni, tak 'secure' lah. 

Jadi, saya dah anggap mak saya ni macam kawan baik saya sendiri. Pernah sekali saya rasa 'down' kat sekolah sebab tak dapat sempurnakan PBS. Saya ni orangnya mudah menangis bila 'down' atau gagal. Lepas habis kelas waktu rehat saya terus 'call' mak saya dengan telefon awam dalam sekolah. Waktu tu mak saya tengah kerja di kilang. Waktu tu lah semuanya keluar. 

Sebelum saya 'call' mak saya, saya ada lah 'tertumpahkan air mata' dalam kelas. Kawan2 tanya pun saya tak nak jawab. Bila cakap dengan mak rasa lega sangat lepas tu.

Saya juga selalu mintak pendapat dari mak saya. Kami juga selalu bincangkan isu2 terkini. Ataupun kadang2 buat 'ulasan' tentang tajuk2 berita kat tv. 

Semua benda ni saya tak boleh nak buat dengan kawan2 sebab kadang2 mereka tak faham apa yang kita nak sampaikan cuma mak sorang je lah yang faham.

Anyway, thank you mom for being my best friend and I just want you to know that YOU'RE THE BEST.

Illaliqaq.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...