Khamis, 20 November 2014

Tradisi Keluarga @ Family Tradition

Assalamualaikum.

 


Semua tahu tak pasal Tradisi Keluarga ataupun Family Tradition? Untuk yang kurang jelas tu, tradisi keluarga tu bermaksud sikap, idea, atau aktiviti yang diwarisi sejak turun-temurun daripada ibu bapa atau datuk dan nenek. (berdasarkan wikipedia)

Tradisi keluarga ni banyak diamalkan secara dalam keadaan sedar mahupun tak sedar. Contohnya, menyambut sesuatu perayaan atau sesuatu aktiviti seperti Hari Keluarga. Kalau yang itu dalam keadaan sedar.

Kalau dalam keadaan tak sedar contohnya macam makan roti canai atau bersarapan pagi beramai-ramai di kedai mamak pada hari tertentu. Itu pun boleh jadi jugak. Sebab tanpa kita sedari aktiviti yang kita biasa lakukan tu dah menjadi kebiasaan dan diwarisi dari orang tua kita yang juga diwarisi dari kedua orang tua mereka. Kalau tak buat tak sahlah kiranya.

Ada juga tradisi yang berkaitan aktiviti keagamaan dan spiritual.Tak kiralah apa pun jenis tradisinya yang penting hubungan kekeluargaan dapat dieratkan lagi. Kalau di luar negara, tradisi keluarga ni selalunya seperti makan beramai-ramai pada hari kesyukuran atau thanksgiving, menyambut harijadi, masuk askar atau military untuk anak lelaki macam keluarga diraja Britain dan macam-macam lagi.

So, tunggu apa lagi. Mulakanlah sesuatu tradisi buat kelurga anda untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Tak payah besar-besaran pun tak apa simple pun jadilah. Sebab yang penting adalah kenangan dan hubungan kekeluargaan. Tradisi keluarga juga boleh membuatkan ahli keluarga tidak melupakan keluarga dan asal-usul mereka.

Kalau saya, tradisi keluarga yang kami pegang sampai hari ni adalah 'makan nasi lemak pada setiap pagi Sabtu'. Tengok, benda yang simple pun jadilah. Tak payah membazir duit. Anda boleh buat makan ramai-ramai pada hari tertentu atau membuat aktiviti tertentu pada hari-hari tertentu.

Untuk idea tradisi keluarga klik sini

Illaliqaq.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...