Sabtu, 18 Oktober 2014

DIY: Room Decor For Teenage Girls! (Murah!)

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak kongsikan beberapa D.I.Y  hiasan bilik untuk gadis remaja @ teenage girls. So, let get started!


Cantik kan hiasan dalam gambar tu? Senang je nak buat. Macam ni caranya.

Bahan-bahan: 
Kertas (boleh juga gunakan kadbod atau manila kad atau apa saja bahan yang boleh diconteng)
Marker, pen, pensil warna atau Magic pen
Bingkai (terpulang)
Double sided tape atau apa sahaja yang boleh melekat

Cara-cara: 
1. Ambil kertas ataupun bahan yang hendak diconteng
2. Lukis apa sahaja bentuk yang anda gemari di atas bahan itu
3. Kalau anda ingin bingkaikan, anda boleh bingkaikan
4. Kemudian, tampalkan pada dinding




Hiasan yang ini boleh diletakkan di mana-mana sudut mengikut kreativiti ataupun citarasa masing2.

Bahan-bahan:
Batu sungai (boleh dibeli di kedai)
Marker, pen, Magic pen dll

Cara-cara:
Lukiskan apa sahaja corak yang anda gemari pada batu itu 
Kalau menggunakan cat, pastikan ia kering terlebih dahulu




Bahan-bahan:
Kadbod atau manila kad atau apa sahaja benda yang kukuh dan keras dan boleh diconteng
Magic pen, marker, cat
Pensil
Pemotong (pisau lipat atau gunting)
Glitter
Gam
Double sided tape atau apa sahaja yang boleh melekat

Cara-cara:
1. Buat huruf daripada kadbod atau manila kad dengan pensil. Samada nama anda atau apa sahaja.
2. Potong dengan pisau lipat atau gunting (sila berhati-hati)
3. Lepas potong, warnakan dengat marker, magic pen ataupun cat 
4. Letakkan glu di seluruh huruf itu dan taburkan glitter
5. Biarkan kering. Lepas kering lekatkan di dinding dengan apa saja bahan yang boleh melekat. Tetapi lebih dengan double sided tape.

Itu saja untuk D.I.Y kali ni. In Sha Allah akan ada banyak lagi projek yang saya akan tunjukkan.

Illaliqaq.






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...