Isnin, 20 Oktober 2014

Oktober: Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia



Assalamualaikum.

Adakah anda semua tahu bahawa Oktober merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia? Mungkin ada yang tak tahu, ada yang tahu. Memandangkan sekarang anda semua dah tahu apa kata kita buat sesuatu pada bulan Oktober ni.

Semua orang tahu bahawa kanser payudara ni merupakan salah satu 'musuh utama' wanita selain daripada kanser pangkal rahim. Jangan terkejut kerana kanser ini juga boleh menyerang kaum lelaki.

Anda tidak semestinya hendak menjadi doktor je kalau nak membuat sesuatu untuk Bulan Kesedaran Kanser Payudara ni. Mungkin anda boleh memakai 'pink ribbon' seperti ini.

Ataupun anda boleh memberikan kata-kata semangat kepada mereka yang menghidap penyakit ini agar tidak berputus asa. Sekurang-kurangnya mereka tidak merasa kesunyian dan mendapat semangat untuk meneruskan hidup. Anda juga boleh sebarkan maklumat tentang kanser payudara di laman sosial ataupun hebahkan kepada rakan-rakan.

Dinasihatkan agar anda semua menjalankan ujian mammogram di hospital bermula pada usia 20-an kerana penyakit ini boleh menyerang semua peringkat umur. Jika anda mahu anda boleh melakukan pemeriksaan sendiri di rumah.

Jika dapat dikesan dengan lebih awal, peluang untuk sembuh lebih tinggi berbanding lambat dikesan. Jika dikesan pada peringkat awal mungkin boleh disembuhkan dengan ubat-ubatan ataupun kemoterapi. Tetapi jika dikesan pada peringkat yang lambat, pembedahan untuk membuang payudara perlu dijalankan agar kanser tidak merebak.

Antara penyebab kanser payudara adalah : Keluar darah haid sebelum berumur 12 tahun, memepunyai sejarah kanser payudara dalam kalangan ahli keluarga, obesiti, dan lain-lain

Simptom: Benjolan pada payudara, bengkak pada bahagian ketiak, dan lain-lain

Namun, kebanyakan benjolan adalah bukan daripada kanser.

Antara selebriti terkenal yang menghidap kanser payudara ialah:

ANGELINA JOLIE (PELAKON)

SHERYL CROW (PENYANYI)



Untuk maklumat lanjut tentang kanser payudara klik sini 

Illaliqaq.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...