Assalamualaikum semua. Hari tu, saya dapat satu berita yang sedih dari kawasan kejiranan lama saya. Dalam happy2 sambut CNY, ada sebuah tragedi yang telah menimpa jiran-jiran lama saya yang kesemuanya berbangsa Cina.
Entah di mana silapnya, rumah yang mereka duduki selama ini telah hangus dijilat api pada 31 atau 1 haribulan yang lalu. Kejadian ni berlaku di Lorong Ciku, Batu 36, Jalan Johor di Pontian. Pada waktu itu, hampir kesemua mereka tiada di rumah kerana melawat saudara mara sempena CNY. Hampir 4 buah rumah hangus dan harta benda mereka musnah.
Rumah lama saya yang telah disewakan kepada orang lain serta beberapa rumah-rumah yang lain telah terselamat. Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan. Berita tentang ini ada di dalam akhbar Harian Metro. Tarikhnya saya tak berapa pasti.
Ada yang mendakwa, punca kebakaran berpunca dari sekumpulan kanak-kanak yang bermain mercun dan bunga api. Namun, bapa mereka menafikan dakwaan itu dan memarahi jiran-jiran yang lain.
Selain itu, ada juga yang berkata bahawa ada seorang warga tua yang tinggal di situ menjadi punca kebakaran kerana selalu memasak makanan untuk anjingnya dan tidak menutup api. Tetapi, yang peliknya, sudah bertahun-tahun dia duduk di situ tetapi tiada satu kejadian kebakaran yang berlaku.
Kalau saya, saya pasti bahawa kanak-kanak nakal yang bermain mercun itulah puncanya. Kerana ada jiran yang ternampak mereka membaling mercun serta bunga api di merata-rata tempat. Sememangnya, kehadiran keluarga yang tidak dapat dipastikan sama ada warganegara ataupun tidak memang kurang disenangi penduduk setempat.
Rumah lama saya pernah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak nakal itu. Selain daripada bapanya selalu bertengkar dengan jiran-jiran lain.
Walau apa pun, kejadian yang menimpa mereka haruslah diambil iktibar dan dijadikan teladan. Mujur ada pihak yang sudi membantu meringkan beban mereka semua. Ibu saya ada pergi ke rumah lama kami dan bertanya kepada penyewa tentang kejadian itu. Apa yang saya dengar, penyewa dan keluarganya memang dalam ketakutan. Kalau tak terbakar, bahangnya masih ada. Mujur semua selamat. Alhamdulillah.
Illaliqaq.
3 ulasan:
Pontian tu kg kakak tau. Tapi bukan di situlah.
Benar jadikan iktibar. Pada kakak berkemungkinan juga sebab mercun/bunga api. Tapi tunggulah siasatan selanjutnya..
saya pun fikir macam tu jugak. Lagipun anak-anak jiran tu memang nakal. Dah ramai jiran yang kena marah dengan ayah diorang sbb kata anak dia nakal.
Catat Ulasan