Assalamualaikum semua, hari ni, saya nak cerita pasal pelbagai tanaman hiasan yang terdapat di rumah nenek saya di Rimba Terjun. Gambar-gambar ni saya ambil sebelum saya pulang ke rumah petang tadi. Saya tertarik dengan warna orkid ni, jadi saya pun tak melepaskan peluang untuk 'snap' gambar orkid ni untuk kongsikan dengan kawan-kawan semua.
Saya suka melihat halaman rumah yang penuh dengan tanaman-tanaman hiasan seperti ini. Boleh release tension tengok pokok-pokok ni. Hijau dan berwarna-warni. Tenang jiwa. Di halaman rumah nenek saya memang penuh dengan pokok-pokok bunga yang mekar dan cantik warnanya.
Lagipun, nenek saya memang seorang 'pencinta bunga'. Teringin juga nak tahu macam mana pokok-pokok ni boleh hidup subur. Kalau orang yang tak rajin macam saya ni, memang layu lah pokok tu. Hanya orang-orang yang rajin je akan dapat taman yang cantik penuh dengan bunga-bunga yang segar.
Tapi, saya pasti, ianya suatu kepuasan yang tidak terhingga apabila melihat pokok bunga yang kita tanam, siram dan jaga setiap hari itu berbunga mekar dan harum. Hurm... bilalah aku nak dapat pokok bunga yang segar macam ni?
2 ulasan:
mmg cantik sgt... naper x boleh follow yer... neway tq follow blog merapu KA tu
Mmg cantik kan! Entahlah, x tau napa x leh follow. Tapi, kalau x leh follow pun tak apa. Janji ada orng tngok, baca, komen post kat blog x seberapa ni pun dah cukup baik. Sama2 kembali!
Catat Ulasan